Sunday, January 15, 2012

pesakit Duchenne's itu ..

Posted by aimi athirah at Sunday, January 15, 2012


tengah merehatkan diri ni,rasanya lebih baik saya berkongsi sesuatu yang saya dapat semalam.

Semalam,kami pergi tuisyen tambahan untuk persediaan Clinical Exams kami hari Khamis depan insyaAllah..

Banyak jugak pesakit yang kami dapat jumpa,yang paling rasa BEST sebab dapat apply cardiac examination dengan baik dan dapat pengalaman auscult patient dengan baik..

Rheumatic heart disease yang kami tak pernah jumpa lagi sebelum ini antara salah satu pesakit semalam..dapat pengalaman berharga untuk dengar macam mana rupanya 'mitral regurge' propagated to the axilla dan dapat tengok signs yang ada pada patient yang ada 'aortic regurge' dengan pistol shotnya di femoral artery..

Tapi,waktu jumpa pesakit Duchenne's muscular dystrophy semalam...terkedu sangat...sebab selama ini,kami cuma belajar theory dan tidak saya sangka untuk jumpa di depan mata sendiri..

Waktu adik Usam Hasan itu masuk ke dalam bilik kami,saya macam tak percaya.Doktor kami cakap:
"This is a duchenne's patient"

Hah??
Waktu tengok adik Usam mengambil tempat untuk duduk di meja kayu yang tersedia,air mata saya bergenang...sebak saya melihatnya..

Mungkin sebab pertama kali saya lihat agaknya...dan saya macam tidak sangka..

Untuk neurology examination,kami applykan pada Usam dan juga adik yang ada cerebral palsy..perbezaan yang ami dapat lihat ketara..
Cerebral palsy yang mempunyai hypertonia & hyperreflexia,manakala adik Usam yang ada Duchenne's ada hypotonia & hyporeflexia..(hampir tiada reflex dia)

Mungkin,saya boleh berkongsi sedikit tentang Duchenne's disease.

Ini adalah penyakit X-linked recessive..maknanya,ia diturunkan melalui keturunan dan boleh diwarisi..(rasa macam susah nak guna bahasa melayu-inherited).
Disebabkan ia diturunkan melalui gene X,maka budak lelaki yang selalu terkena sebab diorang ada 1 je gene X dan satu lagi Y.
Perempuan pula selalu jadi carrier..

Sebab,pesakit ini mempunyai 'defect' atau kekurangan pada gene untuk dystrophin.dan dystrophin adalah salah satu komponen protein yang penting untuk otot kita..(pelik lagi sebab selalu sebut muscle^^)

Dan selalunya,penyakit ini akan menunjukkan 'symptom'nya apabila budak itu meningkat ke 5 atau 6 tahun.Dan selalunya,tanda-tandanya seperti budak itu akan cepat penat,lemah otot bermula daripada bahagian kaki,selalu jatuh, dan selalunya semakin tteruk sehinggakan sukar dan tak boleh berjalan ketika berumur 12 tahun.Tanda yang pang ketara,muscle diorang 'wasting' sampai peha pun takda muscle bulk tetapi dorang ada 'pseudohypertrophy' of calf muscle tetapi tidak kuat pun.

Prognosisnya agak teruk sebab selalunya akan hidup sehingga umur 25 tahun kerana masalah pernafasan mahupun masalah jantung.Kerana semua otot akan terlibat termasuklah otot untuk bernafas dan otot jantung.Maka,selalu penyebab kematian mereka adalah 2 sebbab itu.

Mereka juga ada 'gait' tersendiri yang dikenali sebagai 'waddling gait'.Mereka juga akan mempunyai masalah untuk bangun dari duduk ,kerana mereka seakan-akan memanjat diri mereka sendiri kerana kelemahan otot yang teramat sangat dii bahagian badan yang bawah.



Apa yang boleh dibuat,adalah dengan menyokong mereka untuk memberikan mereka kualiti hidup terbaik dan cuba untuk mengurangkan kesusahan yang dialami mereka.

Apabila saya melihat sendiri pesakit Duchenne's atau apa-apa penyakit la yang sudah dilihat,baru kita tersedar yang sebenarnya dah BANYAK SANGAT Allah bagi kita nikmat..sememangnya nikmat kesihatan itu adalah nikmat yang besar tetapi jarang untuk kita syukurinya.Jarang kita berterima kasih kepada Allah,dan asyik nak membentak-bentak (walaupun cuma dalam hati) tetapi tetap kelihatan di pandangan Allah.

Betullah sabda Nabi :

hadis riwayat Imam al-Bukhari daripada Ibn Abbas r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: "ada dua nikmat yang sering dilupakan oleh kebanyakan manusia iaitu kesihatan dan waktu lapang."

Apabila kita sakit,baru nak rasa bersyukur..nak sihat semula dan sebagainya..Nasib baik Allah tetap memandang kita dengan pandangan Rahman & RahimNya..kalau tidak,mungkin sudah lama Allah menampar,menerajang kita sebab kita ini bagai kacang melupakan kulit..(dah lama tak guna peribahasa melayu,sebab dah tak ambil subjek tu kan?)

Dan disebabkan itu juga kita kena pandang makhlukNya yang lain dengan pandangan rahman yang dicampakkanNya pada kita..

Ya Allah,semoga Engkau menjadikan kesihatan kami ini digunakan untuk kami beribadah kepadaMu,mendekatkan diri kami kepadaMU,wahai kekasih kami~

Jadi,memang tersangat perlu kita menjadi hambaNya yang berSYUKUR dengan segala nikmatNya yang tidak pernah diminta bayaran pun..dari lahir sehingga sekarang.

p's:


1. Sanah helwah ya Gameelat! Untuk sahabat-sahabatku : Oney,Radin,Liyana Mastura,Chep dan semualah yang lahir bulan Yanayir ini..(^_^)


2. Doakan kamii End Round Exam Paediatrics 18 & 19hb Januari..semoga kami digolongkan dalam mereka yang mendapat rahmatNya


3. Selamat exam juga bagi adik-adik junior yang sedang bertungkus-lumus membaca untuk exams yang akan datang


4. Adik-adik AJKT akak,termasuk Along yang tersayang..selamat menempuh exams kalian dengan baik..jaga hubungan dengan Allah,dengan ahli beit,dengan ibu & ayah..pandai ON-OFF kerja ye..dan jangan lupa doakan kemaslahatan umat!(^_^)chaiyyok!



ceria selalu!

0 comments:

Post a Comment

sila-sila..jangan segan,kita share sesame!^^

 

sedikit coretan Copyright © 2010 Designed by Ipietoon Blogger Template Sponsored by Emocutez