Friday, January 20, 2012

Bait Muslim : Usaha kita = ?

Posted by aimi athirah at Friday, January 20, 2012

Bismillah,dengan namaNya saya membuat keputusan untuk menulis sedikit pagi-pagi yang hening ini.Setelah memikirkan semula,kata-kata kawan baik saya sewaktu ketemu di mesyuarat semalam.Apakah?

“ Aimi!ko promote la pasal UBM tu!”

(apakah??Aimi pun belum lagi ada baitul muslim yang satu itu,kalau ahli beit sendiri sekarang ada la kan~)(=.=)”

Jadi,setelah fikir semasak-masaknya,jadi saya tetiba ada ruh untuk berkongsi sedikit sudut pandang saya akan hal ini.Mungkin,straight to the point,senang cerita apa yang saya akan sentuh selepas ini kalau ada baiknya,sila manfaatkan dan jika tidak bersetuju dengannya,tidak mengapa..What do I really mean here,no harm,no offense ok?

Let’s start!

Tanya diri sendiri..

Bila kita berkata-kata tentang jodoh,UBM,baitul dakwah,cinta baju kurung & baju melayu ,apa-apa lagi lah istilah yang sewaktu dengannya..(banyak sangat,macam-macam bahasa cinta-aimi tak faham);mesti ada orang kata :

“ Jangan nak mengada-ngada!Kamu tu kecik lagi,jangan nak menggatal”

“Alaaa..nanti datanglah jodoh tu..jodoh takkan ke mana,dah ditetapkan Allah sejak azali”

Ataupun,per’borak’an anak dan parents:

Anak :“Daddy…kakak rasa macam nak kahwin la..Daddy rasa camne ye?”
Daddy : “mmm,kakak ni terpengaruh je tu dengan kawan-kawan ramai kahwin dekat Mesir.Diorang tu tak faham lagi,liku-liku dalam perkahwinan ni bukan senang..Daddy taknak jadi apa-apa nanti dekat kakak..Study sume camne kalau takley cope?”

(Erk!!Apakah?Tapi inilah sebahagian kata-kata dan persepsi tentang perkahwinan..Especially,KAHWIN WAKTU BELAJAR kan?

Ok-ok-ok!

Apa yang saya nak cakap,apa yang penting tanya siapa?

Allah,Diri sendiri dahulu..Then,kalau nak ambil pandangan ibu bapa sama sebab diorang mestilah ada saham untuk berkata-kata tentang hal ini kan?

Saya nak sentuh sedikit tentang diri sendiri..
For this,you need to ask yourself,either your real self are ready for marriage or not?
Siapa yang kata perkahwinan itu perkara kecil dalam hidup memang silaplah..BESAR!

Bak kata Ustaz Hasrizal,nak fikir pasal kahwin,kena fikir sampai ke lampin!


Dan dengan perkahwinan juga kita akan melengkapkan separuh lagi hidup kita untuk mempraktikkan agama yang terchenta,ISLAM.

Cuma,apa-apa pun yang orang nak cakap,tanya diri sendiri,kita betul-betul dah bersedia atau belum.
Setiap ‘stage’ hidup kita,masing-masing ada risiko yang tersendiri.Kan Allah dah cakap dah,dalam Surah Ar-ra’d ayat 11:

ان الله لا يغير ما بقوم حتى يغيروا ما بأنفسهم
Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah keadaan suatu kaum sebelum mereka mengubah keadaan diri mereka sendiri.
Nabi kita pun ada  bersabda lagi :
 Dalam nas Hadis sebagaimana sabda Baginda yang diriwayatkan oleh Bukhari yang bermaksud:
"Perkahwinan itu Sunnahku, sesiapa yang tidak suka kepada Sunnahku, dia bukan daripada kalangan umatku"
(riwayat Al-Bukhari)
Jadi?

Kalau dah rasa,memang dah sampai masanya untuk memikirkan,masukkan perkara PERKAHWINAN dalam hidup anda,tafaddhal!(silakan)

Kalau rasa masih belum mampu untuk mengambil risiko yang bakal tiba,tidak perlu fikir banyak-banyak sangat,Nanti stress pulak,siap susah?Diri sendiri pula yang susah,bukan saya..

Memang semakin meningkat dewasa,macam-macam tarbiah Allah nak bagi..setiap orang ada ujian masing-masing,macammana,bila,dan bagaimana dia men’tackle’ sahaja masalah itu menjadi soalnya.

Tepuk dada ,tanya iman,tanya Allah!

Usaha itu adalah…

Ini lagi satu hal..sudut pandang tentang usaha sememangnya SUBJEKTIF.
Mengapa?Ada orang cakap :

“Kita sebagai wanita kena berdoa je..”

“Usaha kita kalau nak dapat lelaki yang baik,kena menjadi perempuan yang baik.Kan Allah dah janji,At-toyyibin liltoyyibat?”

“Dah tu takkan taqdim lelaki kot?Apa orang kata nanti..Malula!” (saya akan nyatakan pendapat saya di bawah)

“Tapi aku rasa kalau aku mulakan dulu itu satu usaha aku,takpela..maybe itu jalannya kan?”


Ini baru beberapa yang saya letak dekat atas ni..
Kesimpulannya,setiap yang dinyatakan semestinya pernah kita dengar kan before?

Semuanya ada benarnya,Cuma dari sudut mana kita pandang.

Kesimpulan yang saya dapat buat : Usaha bergantung kepada kepuasan hati masing-masing.
Senang cakap,SATISFACTION kita sebagai yang bergelar manusia di muka bumi ni lain-lain.Setiap orang ada ‘treshold’ atau takat yang paling minimum masing-masing dalam memuaskan diri dalam segenap hal dalam hidup dia.

Kalau dia rasa,berdoa itu adalah cukup untuk menunjukkan usaha dia dalam mendapatkan jodoh,itulah.
Kalau dia rasa,dengan mem’forward’kan kepada orang ketiga itu adalah usaha yang terbaik untuk dia mendapat jodoh yang baik,silakan.

Usaha kita lakukan,melambangkan betapa seriusnya kita dalam sesuatu perkara.Apa-apapun,ini pasal hidup korang masing-masing.Jadi,kita kalau yang orang luar ni,nak influence macam mana pun,kalau Tuan punya badan tak ‘emboh’ bergerak,nak buat macam mana lagi kan?

Sebab tu orang cakap,keinginan dalam diri itu sebenarnya pemacu terbaik!di DALAM.
Kata-kata semangat orang luar,suasana blah..blah..blah..adalah sesuatu yang LUAR.

Taqdim lelaki : Adakah relevan?

Di zaman moden lagi berteknologi ini,berbagai cara boleh kita bertemu dengan jodoh masing-masing.
Ada yang bertemu dalam program nadwah sekolah,sekolah sama,kuliah sama,dalam komuter,alam maya…dan sebagainya.

Tapi,bagi wanita yang belum terjumpa,adakah wajar untuk anda men’taqdim’ seorang lelaki?

Saya malas nak memanjangkan kalam di sini.Apa yang hendak saya tekankan,seperti dia atas tadi.

Jika anda serius,rasa itu adalah usaha anda ,silakan.

Tiada masalah..sebenarnya walaupun saya tiada pengalaman seperti ini,tapi jika ada yang ingin melakukan ini,you got my support with you ladies!

Itu sahaja yang saya nak kata.Sebab bagi saya,apa-apa pun apa yang menggerakkan kita tetap Allah s.w.t.Anything happens in our life is the best for us..Gerakan hati kita (plus dorongan dll) semuanya datang daripada Allah.

Kalau kita cintakan si polan A,tetapi kenapa Allah tak gerakkan hati kita untuk beritahu and at last kita end-up dengan si polan B,itu semua juga aturan terbaik Allah untuk kita kan?

Jadi,anda tidak perlu takut.
Takut orang cakap apa?Sampai bila nak ter’affect’ dengan apa orang nak kata?Mulut orang kita tutup guna ‘salotape’ akan terbuka kembali..Biarkan!BIARKAN!

Yang penting apa ALLAH NAK KATA kan?Sebab for me,kalau orang kata lagi romantic lelaki yang propose perempuan..Tapi,nanti kalau kisah hidup korang nanti,bolehlah last sekali bukak cerita,

“Abang,dulu kita la yang taqdim abang ikut UBM dulu…Alhamdulillah,Allah bagi kita end-up sama-sama kan?”
“Alhamdulillah!Abang pun tak sangka,tup-tup hati abang terbuka dengan Limah”
(Limah : bukan nama sebenar)

So sweet..yang penting niat,kenalah lillah ta’ala!

Romantik di sisi Allah itu yang penting,bukan di pandangan makhlukNya..

Buang yang keruh,ambil yang jernih!

Ok,rasa macam sudah menjadi konsultan UBM PERUBATAN pulak kan?
Padahal,Aimi kecil lagi pun,tapi perkongsian kecil ini yang dapat Aimi bagi,sebab nak cakap ters terang dengan korang-korang diluar sana,segan..

Jadi,good luck and all the best la untuk baitul muslim,mu’min,muslih and so on~

Kalau ada yang terguris,Aimi minta maaf sangat..semoga kita semua bakal mendapat yang terbaik untuk diri kita masing-masing.

Semoga dengan pernikahan yang bakal kita semua lalui,semakin mendekatkan kita dengan Maha Pencipta kerana dia juga yang menciptakan rasa cinta dan orang yang kita cinta.

ربنا هب لنا من أزواجنا ودْريتنا قرة أعين واجعلنا للمتقين إماما

Wallahu ta’ala a’lam.

P’s 1 : AJK UBM PERUBATAN : Kak Naimah and the gang tau!

P's 2 : ini ada sedinit link,rujukan carta alir UBM..waah!semakin maju UBM kita!

P's 3 : Yang masih berjuang dengan exams,selamat berjaya!


0 comments:

Post a Comment

sila-sila..jangan segan,kita share sesame!^^

 

sedikit coretan Copyright © 2010 Designed by Ipietoon Blogger Template Sponsored by Emocutez