Thursday, September 22, 2011

berteguk susu kurma~

Posted by aimi athirah at Thursday, September 22, 2011
bismillah..
Assalamualaikum warahmatullah SEMUA!

sobahal khair...sobahal fuul~^^

mm,hari ni jom kita kongsi kejap pasal buah KURMA...
(tetiba je nak cakap pasal kurma,bukan ape sebab alang2 tengah meneguk air susu kurma Dina Farms ni)

banyak manfaatnya kurma ni,kita semua pun tahu jugak kan..

antaranya

- sunnah Rasulullah s.a.w 

dalam buku 365 Tips Sihat Gaya Rasulullah;karya Dr.Mohammad Ali Toha ada menyebut tentang manfaat kurma dalam ruangan 'Smart Eating',perkara ke 155 :

" antara manfaat kurma adalah ia melindungi pembuluh darah dan jantung.Nabi berkata mengikut rekod Muslim ,'Sesiapa yang pada pagi hari memakan 7 biji buah kurma Ajwa,maka pada hari itu racun dan sihir tidak dapat memudaratkannya'."

- juga disebut oleh Allah di dalam Al-Quran :
Terdapat jg dalam Quran yg menyatakan tentang kelebihan buah kurma ini, yg dialami oleh Saidatuna Maryam rha ketika beliau mengandungkan Nabi Isa as sebagaimana dalam surah Maryam ayat 25:
"Dan goncangkan batang kurma itu kepadanya, nanti ia gugurkan atasmu kurma yg masak"

- dan dalam sihatselalu.com,ada juga dikongsikan tentang khasiat kurma :http://www.sihatselalu.com.my/2010/08/khasiat-kurma.html

"Kurma diangkat tinggi oleh Rasulullah SAW kerana mempunyai nilai kandungan makanan yang tinggi. Kandungan protein di dalam kurma lebih kurang 1.8 hingga 2.0%, serat 2.0 hingga 4.0% manakala kandungan gulanya 50 hingga 57% glukosa. Ini menunjukkan kandungan gula di dalamnya telah ditukar secara semulajadi. 




Diserap Serta-merta


Bermakna apabila kita memakan kurma, tenaga yang diserap tubuh adalah serta-merta. Sebaliknya gula dalam kebanyakan buah-buahan dikenali sebagai fraktosa dan gula tebu atau gula pasir yang biasa mengandungi sukrosa tidak boleh menyerap terus dalam tubuh. Ia terpaksa dipecahkan dahulu oleh enzim sebelum bertukar menjadi glukosa lalu diserap tubuh sebagai tenaga. 

Tenaga Serta-merta

Disunatkan berbuka dengan kurma kerana orang yang berpuasa tidak makan selama 12 jam. Kurma menyumbang tenaga serta-merta kepada si pemakan dan ini memudahkan seseorang beribadat dan menunaikan sembahyang Maghrib atau tarawih. Apabila tubuh berasa segar dan bertenaga ia menghalang kita makan berlebihan atau mengikut nafsu. Kadangkala waktu berbuka kita makan terlalu banyak, tetapi masih letih dan tidak bertenaga. Sebabnya makanan yang diambil kebanyakan mengandungi karbohidrat, tanpa tenaga serta-merta menjadi penyebab selesai makan, mata pun mengantuk. 

Kulit Mengandungi Serat, Sumber Utama Potassium

Kita makan kurma tanpa buang kulitnya yang mengandungi serat. Amat baik untuk mencegah barah usus besar kerana ia melawaskan. Sementara kandungan vitamin A dan C amat tinggi pada peringkat khalal atau rotab dan menurun sedikit pada peringkat tamar. Selain itu ia mengandungi pelbagai zat galian dan yang paling banyak ialah potassium. Potassium diperlukan oleh tubuh untuk sistem saraf. Kurma adalah sumber terbaik potassium. Memang dalam susu, yogurt dan makanan laut juga mengandungi potassium tetapi jumlahnya sedikit.

Menguatkan Ingatan

Ramai beranggapan hanya kismis yang baik untuk menguatkan ingatan, sebenarnya kurma juga setanding. Mungkin atas alasan pihak-pihak tertentu atau negara pengeluar anggur telah menjalankan kempen makan kismis dan mempopularkan khasiatnya. 

Penawar Racun

Diriwayat oleh Aishah r.a. yang menjelaskan, kurma mengandungi ubat. "Jika sesiapa yang selalu makan kurma akan dihindari daripada terkena racun yang dimakan."

Meredakan Tekanan Darah

Dalam bidang perubatan dengan ketiadaan kolesterol, lemak dan gula di dalam kurma, ia amat baik untuk meredakan tekanan darah tinggi. Dalam perubatan homeopati, biji kurma dikisar halus atau dijadikan serbuk seperti teh. Direndam dan diminum bagi menyembuhkan pelbagai jenis penyakit. "

banyak sangat manfaat kurma sebenarnya..
lagipun,zaman yang maju dan moden ini,manusia semakin kreatif untuk mempelbagaikan cara persediaan makanan dan minuman menggunakan kurma..

kita boleh buat kek,jemput-jemput,ada jem,jus kurma dan macam-macam lagi kan?

tapi,bagi Aimi sememangnya yang paling membuatkan kurma itu BERMAKNA adalah kerana Rasulullah juga memakannya dan menyarankan kita ummatnya untuk mengamalkannya..

tak ke ade sentimental value dekat situ??^^

sememangnya Rasulullah tidak akan mengatakan sesuatu yang dusta dan segalanya berhikmah..

teringat juga semalam baca status di FB kawan,

"Everyone of us is guilty enough of not knowing the Sunnah of the Prophet Muhammad s.a.w "- Mufti Ismail Menk

memang terkena la kan?

So,jom kita makan kurma beramai-ramai!

tapi yang paling penting,let's practice sunnah Rasulullah in our daily life!





0 comments:

Post a Comment

sila-sila..jangan segan,kita share sesame!^^

 

sedikit coretan Copyright © 2010 Designed by Ipietoon Blogger Template Sponsored by Emocutez