niat dipasang...
seperti biasa,aimi memang agak susah nak duduk depang laptop untuk meng'up-date' blog izzahfaqihah.blogspot.com. ni
bila-bila duduk & fikir-fikir balik,dah nak masuk 4 tahun la jugak blog ni dibuat..sebab seingat saya,memang buat blog ni dari First Year...tapi tu la,on-off!
Kadang-kadang,ada jugak terasa nak delete je blog ni,tapi bila pikir2 balik:
"Kang,mulalah!dah delete nanti,teringin nak menulis balik....gatal2 je buat yang baru nanti!"
"kesian pulak nengok followers da ramai ni,kang delete kena start balik pulak"
" da banyak da,tazkirah dalam ni,sayang pulak!"
Macam tulah!macam-macam suara hati yang bertandang memberikan Pro & Cons untuk tidak men'delete' blog ini...
plus :
"Ayah kadang-kadang bukak jugak...ye la,kakak kan BUSY tak call ayah selalu.Ayah bukak la nak tengok kalau anak ayah ni ada update pape..nak dengar suara susah!"
sampai ayah kalau kakak call ,first dia mesti cakap camni:
"hai,da lame tak dengar cerita!"
So,pointnya di sini :
selalulah call dan bertanya/memberi khabar kepada ibu & ayah kita!
Mereka tidak pernah melupakan kita,selalu mendoakan anak-anaknya setiap kali lepas solat.Dan selalu mengingatkan kita supaya :
"jangan tinggal solat,baca quran!"
Dalam Surah Luqman juga ada menyatakan dalam ayat 14 :
" أن اشكر لى ولوالديك الى المصير "
"Bersyukurlah kepadaKU dan kedua orang tuamu.KepadaKulah kamu kembali"
Let's discuss about any other else kay?
Then,cakap pasal persatuan la pulak..sebab ayah selalu tanya camni dah sekarang:
"Persatuan apa khabar?"
Ayah siap cerita dekat orang lagi waktu balik summer aritu :
"rasa macam tak percaya je dia nak jadi TP ni...boleh ke ni kak??"
dan kakak akan cakap:
"hurmmm..."
Sememangnya,sikap kita di rumah selalunya agak berlainan dengan sikap kita di rumah..ibu bapa kita tidak melihat sendiri kita bergaul di luar,lagi-lagilah pulak kalau memang kita membesar buka di depan mata mereka kan?
Tapi apa yang best pasal ibu ngan ayah adalah:memberikan kakak peluang bergerak bebas di Malaysia untuk membantu mana yang memerlukan!itu yang paling Best!tapi kena ada tiket la kan...
Before keluar,kena siap cuci umah,mop umah,vacuum,kemas apa yang patut...pastu,GREEN la..
Itu rahsia.Bagi sesiapa yang susah mak ayah dia nak lepas.
Then,korang kena bagi mak ayah korang yakin korang boleh bawa diri la..
Pastu,rasanya nak share la sikit ilmu yang saya baru dapat tempoh hari..
Sebenarnya kita kena pastikan diri kita tahu yang kita sememangnya ada tanggungjawab dan kita kena kenalpasti yang kita berada di 'position' mana.
Kerana apabila kita tahu kita ada di 'position' mana,kita boleh rancang apa yang kita nak bagi kepada orang lain.
Sememangnya,kita sebagai manusia perlu mengetahui bahawa KITA TIDAK BOLEH HIDUP SENDIRI!
itu hakikat!Sebab Allah pun dah sebut dalam Surah Al-Hujurat ayat 13 :
" Wahai manusia,sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari seorang laki-laki & seorang perempuan,kemudian Kami jadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku agar kamu saling mengenal.Sungguh,yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertaqwa.Sungguh Allah maha mengetahui lagi maha teliti"Jelas Allah suruh kita saling berkenalan antara satu sama lain,kan?
Bersambung dari yang atas,ingin saya ketengahkan di sini,cuba kita renungkan kembali apakah manfaat yang kita sudah berikan kepada makhluk lain?
Apa yang kita sudah berikan kepada manusia lain?
Bila kita muhasabah,sepatutnya kita mesti merasakan bahawa sememangnya APA yang sudah kita berikan untuk orang lain itu TERsangat sedikit kalau kita bandingkan dengan umur yang sudah Allah berikan kepada kita.
Sedang Sultan Muhammad Al-Fatih sendiri sudah menakluk Kota Konstantinopel sewaktu berumur 21 tahun!
Tak payah cakap orang lain.Pandang diri sendiri ja.Saya sudah nak masuk 22 tahun,tahun 2011 ni.Tapi,apa yang saya dah buat untuk ummah?
Al-Hujurat ayat 17 juga menyebut :
"Mereka berasa berjasa dengan keislaman mereka.Katakanlah,"Janganlah kamu merasa berjasa kepadaku dengan keislamanmu,sebenarnya Allah yang melimpahkan nikmat kepadamu dengan menunjukkan kamu kepada keimanan,jika kamu seorang yang benar"
Ya Allah,kuatkan kami!
Banyak lagi tugas kita.Sememangnya tanggungjawab kita berat.Bukan untuk orang-orang tertentu yang cuma di sekeliling kita sahaja.Bahkan,umat Islam yang jauh dari kita dan masih jauh dengan Islam.(macam suasana negara kita)
Dan jangan merasa bangga dengan apa yang telah kita lakukan.Sebab itu kena IKHLAS!
Kita nak jadi baik,nak jadi baik sama-sama.Kita nak masuk syurga,nak masuk syurga sama-sama.Dan kita tidak mahu di akhirat kelak menuding jari ke arah satu sama lain di hadapan Allah nanti.
Bersama-samalah kita mengenalpasti potensi diri yang boleh kita sumbangkan untuk kemajuan ummah.Kita memerlukan untuk tertegaknya daulah islamiah itu.Bukan zaman kita,mungkin zaman anak-anak kita.Tapi,usaha mesti ada.
Dan yang penting,usahlah kita bermusuhan sesama sendiri.Sebab permusuhan itu membawa kerugian kerana menghalang daripada kesatuan.
Cakap pasal kesatuan,dengan sukacitanya,saya ingin menyatakan agenda PERUBATAN sesi 11/12 ini :
- AKADEMIK
- KESATUAN
- KEBAJIKAN
Punyalah panjang mukaddimah,saya nak cakap pasal agenda sebenarnya.Tapi,apa yang baik ambillah..
"الدين نصيحة"
Agama itu nasihat.
JOM BEKERJA BERSAMA PERUBATANPERUBATAN IS US!
OK,la..cukup takat sini dulu..
Nanti kita coret lagi.
Wallahu a'lam~

"berkempen sket!Book-worm campaign!"






8 comments:
akak, sekali lalu bace sume post akk, kte dpt bygkn cmne akak berkata2..hehe
nice!
eh3..sekali lalu baca komen awk kat sini...akk pun dapat bayang kan sape..^^thanx dik,for dropping by!btw,ade blog tak?kalau tak,akk link!
tahniah akak sbb bjya hapdate =)
cakap2 pasal kesatuan lagi2 kat mesir mmg satu benda yang sgt berat..sy tahu...mmg susah nk bersatu ni kalau pemahaman kite berbeza pasal kesatuan ni
sy lebih suka kalau kite definisikan kesatuan ini dalam konteks kesatuan hati...
dalam surah al-anfal ayat 63 Allah sebut biarpun manusia ni infak semua harta utk satukan mereka percayalah mmg xkn jadi sbb hanya Allah yg menyatukan HATI2 kite semua...
2 point yg bsr kt sini pertama titik kesatuan kita adalah pada hati2 bukan pada jemaah,wadah,persatuan n etc
keduanya qudrat Allah saja yg boleh satukan hati kite bukannya peraturan2 undang2 perlembagaan persatuan atau jemaah.mana mungkin kite bersatu kalau hati kite xberakhlak dgn akhlak yg Allah suruh?-xtuju kt sapa2 pom ^&
dengan fitrah manusia yg berbeza2 agak mustahil utk kite meleburkn satu entiti demi menggabungkan dalam entiti yg laen atas berbagai2 sbb...
teruskan bekerja dalam wadah pilihan anda
UNITY IN DIVERSITY ^_^
salam alayki kepada anonymous~
jzkk atas lontaran pandangan adik atas isu kesatuan ni..
sememangnya akak akui kefahaman / fikrah yang ada memang banyak,dan tidak semua daripada semua manusia mempunyai kefahaman yang serupa..
manakan tidak,kalau tak takkan ada banyak persatuan mahupun jemaah dekat muka bumi ini(contoh waqi' malaysia sendiri mahupun di sini)
akak pun akui tak semua daripada kita berakhlak dengan akhlak yang Allah suruh,senang cakap,our best idol,Rasulullah sememangnya akhlak baginda adalah al-quran.
dan akak juga tahu,manusia sememangnya tidak akan boleh diikat dengan peraturan manusia juga,sedangkan peraturan Allah dilanggar inikan pula peraturan makhluk.
tapi apa yang akak nak tekankan,kita kena tahu apa tugas kita.SIAPA yang bertanggungjawab untuk membantu kawan2 kita yang masih dalam usaha nak membetulkan diri tu?
ketuk hati,tanya iman masing2.
dan bagi akak,medium dah ada,tinggal nak baiki mana compang & camping yang ada.SIAPA lagi yang nak baiki,kalau bukan kita?
akak tahu,sesungguhnya Allah lah pemegang hati dan Dialah yang berhak untuk menyatukan hati semua.
tapi sedarkah kita,tautan hati itu berada dalam kelompok2 tertentu sahaja.Dan,adakah kita cuma boleh menunggu hati-hati kita disatukan oleh Allah tanpa apa2 usaha?
dalam Surah Ar-Ra'd 11,Allah takkan ubah nasib satu kaum melainkan mereka ubah nasib mereka sendiri.
Allah suruh,amar makruf,NAHI MUNGKAR.Tapi,kebanyakan daripada kita amar makruf je.
apa2pun,ini pandangan akak.Akak sendiri yang dapat tazkirah ni dulu berbanding orang lain sebagai peringatan.Plus,ni pandangan akak.Setiap orang ada pandangan masing2.
Tujuan hanya untuk memberi kesedaran akan setiap dari kita ada tanggungjawab.
wallahu a'lam.thanks 4 d sharing!
salam akak ~
erm setuju dgn ape yg akak ckp tu...mmg kite xleh nk harapkan org laen.siape lg kalau bukan kite sendiri cube baiki kawan2 kite.
cume sy pelik kenapa seolah2 ade pemisahan antara amar makruf n nahi mungkar berdasarkan komen akak kt atas tu la.
mengapa perlu adanya pemisahan seolah2 benda yg sgt berbeza,langit dgn bumi sdgkn kedua2nya ade perkaitan...
sy bagi contoh...kalau sy tahu kawan sy kapel then sy xde la tegur die direct...daie kene kreatif kn? first2 sy suruh la die bnyakkan bacaan pasal ikhtilat sehingga akhirnya die tinggalkn kaple die tuh...bukankah td dgn sy amar makruf(suruh die baca pasal ikhtilat) then at same time saya mencegah kemungkaran yg mungkin berlaku(nahi mungkar)...
lagipun sy pelik kenapa ramai org kecilkn skop nahi mungkar...nahi mungkar bukan setakat tegur org yg buat maksiat tp termasuk juga mencegah dan menghentikannya.bukankah amar makruf nahi mungkar tu maksudnya menyuruh kepada kebaikan mencegah kemungkaran?
seharusnya kite mampu membezakan antara nahi mungkar dgn taghyir mungkar(mengubah kemungkaran).insyaAllah semua tahu pasal hadis taghyir mungkar first dgn tangan, 2nd lidah n 3rd hati.
akak,sy sokong puji n tabik kt unit hisbah perubatan atas tujuanya utk nahi mungkar.tp seseorg itu akan senang berubah selepas die faham ape yg die buat itu salah.
disinilah kite akan nampak kepentingan tarbiyah..mmg org nampak org2 tarbiyah ni mcm xbuat nahi mungkar,asyik2 usrah,katibah,n berbagai2 program tarbawi yg laen(amar makruf),,tp percayalah mereka sbnrnye tgh mencegah kemungkaran yg lebih besar..
"Pandanganku ini betul tetapi ada kemungkinan silap. Pandangan orang yang selainku silap tetapi ada kemungkinan betul."-Imam Syafie
wallahua`lam...xsabar tunggu next post akak(bukan komen tau,tp post yg terbaru..hihi)
wow, hot!
eh belum cukup hot.
apapun, siapa ye adik ni? jom minum2, cerita2? (kalau cuak dengan Kak Aimi TP2, Kak Radin ade XD)
err kalau adik akhowat la..
percayalah, berbalas dengan keyboard berbanding dengan menatap sendiri wajah sahabat yang kita mahu berbincang itu cukup jauh bezanya. + kadang2 (sebenarnya selalu) benda yang tertempel dalam bentuk diskusi di internet ini tidak berapa efektif. jika tidak pd kita, pd orang lain. sebab kadang2 (dan lagi sekali) selalunya orang mudah mengambil persepsi lain, walaupun ayatnya jelas menyatakan sesuatu yang lain. disebabkan pembacaan yang tanpa nada, marhalah fikir yg berbeza,etc
=)
+ untuk adik, kalau k.radin, k.radin lebih suka kita gunakan istilah akidah untuk hati instead of akhlak =)
malah, k.rdin percaya yang adik tahu apa itu curative, apa itu palliative.. bila masa guna palliative, bila masa guna curative seni kan dunia berubat perubatan ni, dakwah pun sama juga guna
(kan dah kata, rasa tak best, dan rasa macam guna jargon je kalau type sini)
Salam izzahfaqihah.....tertarik dengan grafik dan catatan...pohon utk perkongsian bermanfaat...slmt maju jaya...ameen.
Post a Comment
sila-sila..jangan segan,kita share sesame!^^