
bismillahirrahmanirrahim..
alhamdulillah88x..
setelah sekian lama tidak berkesempatan untuk meng'up-date' blog ku ini,tak kesahla dah bersawang ke berhabuk mahupun apa,tetapi nafas dakwah yang kami sedut dan hembuskan setiap hari,syukur kepadaNya sahaja masih lagi dapat kami rasai nikmat itu..
Pengalaman yang tidak pernah didetikkan dan dibayangkan di dalam kepala telah dirancang olehNya sebagai sebaik-baik pengalaman dalam hidup seorang hamba yang bernama manusia..
Cuti 'winter-break' yang tidak pernah-pernah terfikir untuk balik Malaysia,tetap terjadi apabila Dia kehendakkan...Subhanallah!
Tiada kata,mahupun pujian yang setara untuk diucapkan kepadaNya untuk melahirkan rasa syukur kami atas nikmatNya yang tidak terhingga..sememangnya pengalaman ini memercikkan pelbagai perasaan yang mengajar diri untuk dimatangkan dengan tarbiah Allah...
Alhamdulillah..
Walau apa pun,apa yang dapat disimpulkan daripada pengalaman hari itu,untuk dikongsikan bersama kawan-kawan di sini adalah keperluan hidup kita untuk MEMBERI!
Sememangnya,kita sedar akan hal ini tetapi bagi diri saya pengalaman sewaktu rusuhan itu berlaku sememangnya menampakkan keperluan kita semua untuk memberi sehabis baik..
Setiap individu itu seperti bongkah-bongkah yang berguna untuk melengkapkan antara satu sama lain..If we took it positively,we all can see that the event happened made all of us realized that we ,as human beings need each other!
Waktu tu la,semua keegoan akan luntur dan disimbah nikmat KEREDHAAN!
erm,cakap pasal redha ni,ingat lagi kat Jeddah tempoh hari,kami ada duduk sembang-sembang ilmiah..(ececewah!^^)...yang kita dalam menghadapi musibah ada step-step yang tersendiri..
Kita ada SABAR,then PASRAH dan REDHA!
setiap step ni lain sebenarnya..dan step yang kita perlu capai adalah semestinya REDHA kan??
dan Redha itu nak dicapai,keSABARan adalah tangganya..
tetapi,ia memerlukan kekuatan untuk kita sampai kepada REDHA..
kerana,benda yang baik sememangnya memerlukan usaha dan sedikit kepayahan kerana ia boleh membawa kepada jutaan kemanisan yang hanya dirasai oleh orang yang meredhai!
plus,setiap manusia itu ada ujian yang tersendiri,dan penawar atau syifa' kepada keperitan atau kepedihan segala musibah itu adalah sabar & redha..
Jadi,semoga kita berusaha untuk menjadi orang yang meredhai dan selalulah Husnuzzan denganNya!
semoga kita ketemu lagi..
salam ukhwah fillah
semoga semua dipermudahkanNya!(^^,)


0 comments:
Post a Comment
sila-sila..jangan segan,kita share sesame!^^