Friday, January 21, 2011

tertampar,tersadung,terhantuk!

Posted by aimi athirah at Friday, January 21, 2011

Dengan nama Allah,tuhan yang mencipta diri ini,tuhan yang tidak pernah melupakan ku,memberikanku nikmat yang tak terhingga banyaknya,dari lahir,sebelum lahir lagi sehinggalah sekarang,juga akan datang insyaAllah..

Aku,diri ini yang sering alpa,sering lalai,melupakan Tuhan yang menciptakannya..Oksigen disedut tanpa segan dan silu...tetapi,apakah yang diri ini balas dan melakukan kepada Tuhannya??

Ya Allah,sememangnya diri ini penuh dengan dosa & noda...ampunkanlah diri ini,ampunkanlah kami...sememangnya kami tidak pernah lari dari melakukan dosa..

Hari-hari,hati berazam untuk cuba menjaga diri,menjaga hati,menjaga lisan yang sememangnya tajam seperti pedang..mungkin lebih tajam dari mata pedang...tetapi,apabila muhasabah kembali,ada sahaja yang tersalah,ada sahaja dosa yang dilakukan..

Detik kematian,berapa kali difikirkan sehari??Terdetik atau tidak dalam sehari?

Zikrullah??Ya Allah,ampunkan kami!

Sebelum solat,doa dipanjatkan supaya Allah mencampakkan rasa khusyu' dalam ibadah yang dilakukan...setiap kali solat dimulakan,doa' Iftitah terlafaz..

“Allah maha besar lagi sempurna kebesarannya segala puji bagi Allah dengan pujian yang banyak . maha suci Allah sepanjang pagi dan petang , sesungguhnya aku menghadapkan mukaku kepada zat yang menciptakan langit dan bumi dengan keadaan lurus dan berserah diri dan bukannya aku termasuk dalam golongan musyrik , sesungguhnya sembahyangku ibadatku , hidupku dan matiku hanya untuk Allah semesta alam . Tiada sekutu baginya kerana itu aku rela diperintah dan kau ini adalah golongan orang Islam.”

Berkali-kali dituturkan...tetapi apakah kesan yang terkesan pada diri ini sehari-hari??

"sesungguhnya solat itu menghalang dari melakukan perkara yang keji dan mungkar"

Di manakah praktikalitinya??

Semalam,peristiwa yang bersejarah telah berlaku dalam diri ini..hatiku tertampar,tersadung,terketuk...dull pain!Sakit sangat sampai air mata terembes jua..Apabila diri alpa dan lupa,iman sememangnya jatuh menjunam-junam...tetapi apabila iman naik menjulang,masyaAllah...

Peringatan yang diperolehi dikongsi jua bersama adik-adik rumah tersayang...Sebak hati apabila peringatanNya datang untuk diri ini...syukur hati ini kerana Allah masih lagi memandang diri kita dan masih memberikan peluang untuk kita berubah menjadi lebih baik dan lebih baik!

"يا مقلب القلوب ثبت قلوبنا على دينك وعلى طاعتك وعلى جهاد في سبيلك"

Jika kita melihat ada sahabat-sahabat kita yang terlalai,terleka adalah sepatutnya kita mengingatkan mereka..Bukanlah membiarkan mereka terus lalai dan terleka dalam dunia itu..

Tidak sepatutnya kita lakukan sedemikian...Cakap nak masuk syurga bersama-sama..Adakah itu satu omongan kosong sahaja...semata-mata...bermain di pinggir bibir sememangnya manis..tetapi adalah satu perkara yang pahit,apabila kita telan..jika tiada usaha untuk kita menarik rakan kita itu bersama berjalan berpimpinan ke syurga..

Jika kita hanya membiarkan,pandang sebelah mata,cakap belakang dan sebagainya,mana pendirian sebagai seorang dai'e??

Masyarakat kita sememangnya telah larut dengan perangai sebegini...marilah kita berubah..daripada jalan seorang-seorang...pautlah,pimpinlah,tuntunlah tangan-tangan sahabat lain utnuk menjejak syurga Ilahi yang sememangnya luas awi!

Sedarlah sahabat..kita sama-sama ingin menjadi lebih baik,menjadi yang terbaik!

Tanyalah kepada semua,pasti jawapannya "YA"...sudah tentu!

Sesungguhnya pandangan Allah,pandangan itu yang sepatutnya kita pentingkan bukanlah pandangan manusia,pandangan makhluk..

Jom bersama-sama menjadi lebih baik!!

P's: kredit 100% kepada pemberi peringatan~^^

wallahu ta'ala a'lam..




Tajuk : Berkelana

Tuhan memanggil ku tidak menyahutnya
Tuhan memanggil aku mendengar saja
Tuhan memanggil aku ku sahut sekali-sekala
Tuhan memanggil aku ku cuba menerimanya

Tuhan memanggil ku sahut bertalu-talu
Tuhan memanggil ku jemu menyahutnya
tapi aku memaksa diriku menerimanya
itulah diri aku belum jinak dengan Tuhan

aku akan jinakkan dengan berkelana 2x

0 comments:

Post a Comment

sila-sila..jangan segan,kita share sesame!^^

 

sedikit coretan Copyright © 2010 Designed by Ipietoon Blogger Template Sponsored by Emocutez