Wednesday, January 5, 2011

iman +/- (gemilang/menjunam)

Posted by aimi athirah at Wednesday, January 05, 2011

assalamualaikum warahmatullah~

jari-jemari ini kembali menaip hari ini adalah khas untuk 'partner' ku tersayang..ini adalah hadiah buat sahabat yang membaca juga kepada mata yang sesungguhnya melihat apa yang ditulis ini..

untuk peringatan atau tazkirahku pada minggu ini untuk pengisian hati bersama adalah mengenai 'apabila hati rasa nak futur...'

kita sebagai manusia yang biasa lagi tersangat biasa,iman sememangnya ada masa untuk meningkat menjulang dan ada ketikanya apabila iman rasa memang nak down menjunam jatuh tak tahu nak cakap camne..itu adalah fitrah kita sebagai seorang manusia..

kadang kala,memang tahu perkara itu akan mendatangkan kemarahanNya,tetapi nafsu tetap rasa suka untuk melakukannya...kadang-kadang,hati bermuhasabah semula ,penyesalan semestinya akan hadir dan rasa untuk bertaubat kepadaNya akan hadir untuk membersihkan semula hati yang dinodai titik hitam yang kotor lagi mencemarkan..

namun,bersyukurlah kita sebagai manusia jika rasa berdosa itu hadir,bersyukurlah kerana Allah masih lagi mencampakkan rasa untuk kita bertaubat kepadaNya...cuma,ingatlah,taubat itu kita perlu menyesal dan berusaha untuk istiqamah tidak melakukan dosa itu lagi...

bukanlah bertaubat dan bertaubat lagi,tetapi hanya memainkan rasa taubat itu!wa Na'udzubillah min dzalik!



dengan adanya rasa yang kita pernah melakukan dosa kepadaNya,kita sebagai hambaNya mengetahui lagi sedar bahawa kita tidak sempurna!sangat jauh lagi hina jika ingin kita bandingkan dengan sesiapa..dengan sebab itu,kita sepatutnya sentiasa rasa rendah diri...tiada rasa untuk bermegah-megah..mendongak hidung tinggi ke langit kerana kita tahu kita berdosa..

tetapi janganlah pula kita berasa terlalu hina sehinggakan berlaku inferiority complex pulak...itu dah masalah...ketahuilah,jika hanya Dia yang mengetahui akan salah kita itu,tidak perlulah kita membuka pekung di dada..kerana Dia maha mengetahui segala sesuatu lagi maha teliti untuk mengira setiap dosa mahupun pahala kita walaupun sekecil zarah..

jika nafsu mula ingin menguasai diri,kita perlu tahu untuk cuba menangkisnya...setiap orang ada cara tersendiri untuk menangkis nafsu masing-masing...dan untuk mem'booster'kan kembali,iman di hati supaya dekat semula dengan Allah tercinta!

ingatlah,jika kita berusaha mendekatiNya,Dia lebih-lebih lagi kepada kita...adakah amal yang kita lakukan akan diterimaNya..masih tidak tentu lagi.Sedangkan,Rasulullah tercinta melakukan qiamullail setiap malam untuk menunjukkan kepadaNya tanda dia seorang hamba yang bersyukur walaupun telah dijanjikan syurga...

ingatlah nikmat di syurga itu lebih manis tersangat manis lagi indah berbanding nikmat di dunia yang fana' lagi mensengsarakan kita jika perhitungannya akan menambahkan dosa...

ingatlah,Dia berfirman :

وابتغ فيمآ ءاتىك الله الدار الاءخرة ولا تنس نصيبك من الدنيا وأحسن كما أحسن الله إليك ولا تبغ الفساد في الأرض إن الله لا يحب المفسدين
" dan carilah (pahala) negeri akhirat dengan apa yang telah dianugerahkan Allah kepadamu,tetapi janganlah kamu lupakan bahagianmu di dunia dan berbuat baiklah (kepada orang lain) sebagaimana Allah telah berbuat baik kepadamu, dan janganlah kamu berbuat kerosakan di bumi..Sungguh Allah tidak menyukai orang yang berbuat kerosakan"

(surah Al-Qasas : 77)

wallahu ta'ala a'lam..



2 comments:

onee said...

SALAM WBT

thanks dear~^^

_dahliafarhana_ said...

Assalamualaikum..

syukran sahabat atas perkongsian rohani..
moga kita tetap thabat di atas jalanNYA insyaALLAH..sama2 doakan kejayaan sahabat-sahabat yang lain..

love u aimi~~!:P

Post a Comment

sila-sila..jangan segan,kita share sesame!^^

 

sedikit coretan Copyright © 2010 Designed by Ipietoon Blogger Template Sponsored by Emocutez