Monday, December 27, 2010

kegembiraan tetap datang dengan peringatan..

Posted by aimi athirah at Monday, December 27, 2010
bismillah...

alhamdulillah,perut selamat diisi dengan PELBAGAI makanan yang sangat menyelerakan..ada mee goreng (versi orang ganu kuasa dua) + nasi putih ngan tomyam campur + kunafah pisang + cekodok pisang + fatirah bil syukulatah + french fries + chicken panees + keropok cap ganu + hot dog + oren + last sekali,apa yang diidamkan nak makan dapat juga : chocolate ice cream cake!

** nota tengah2 : makanan agak banyak kerana dikongsi 3 buah rumah..harap maklum.

dah lame jugak mengidam,akhirnya dapat juga menumpang hari jadi choda-chan kesayangan~

SELAMAT HARI LAHIR sahabatku!
semoga sentiasa dikurniakan semua yang terbaik di sisiNya dan apa yang terbaik itu adalah apa yang Dia redhai...ameen~

memang cepat masa berlalu...apabila hari lahir tiba,maka umur akan meningkat setahun.tahun depan,setahun lagi dan seterusnya..memang itulah yang berlaku,masa tidak menunggu kita.Tetap berlalu dan terus berlalu,cuma pada kitalah,sama ada manfaat yang kita dapat ataupun tidak.

Bagi saya,hari lahir merupakan hari yang gembira..sedangkan Nabi yang tercinta turut bergembira pada hari maulidnya.nak cakap betapa kami meraikan kegembiraan di hari jadi sahabat kami,sampai makanan berjujut ,ber'plus'-plus...banyyak...sampai tapau2 bawa balik rumah^^

tetapi,ingatlah kedatangan kegembiraan tetap dapat diselitkan dengan peringatan.Mengapa saya berkata begitu?Bila saya fikirkan kembali,waktu kecil saya memang akan menyambut birthday ni..ayah beli kek,ingat lagi nak 'American choc cake'...memang sedap~walaupun nak cakap kita celebrate dengan family kita je,tetapi kegembiraan itu dapat kita rasai kerana kita berkongsi kegembiraan itu dengan orang lain..

**point di tengah2 : "berusahalah untuk menggembirakan orang lain kerana kita akan puas apabila melihat orang lain gembira kerana kita-tapi jangan sampai diri sendiri terkorban tanpa had"

apabila,menjejakkan kaki ke asrama,sambut dengan kawan-kawan...semakin besar lagi,tetap diingati tarikh itu..tetapi,ingatkah kita bahawa KITA MENDEKATI AJAL kita??

dalam al-Furqan,Allah berfirman:

"Katakanlah,"Sesungguhnya kematian yang kamu lari daripadanya,ia pasti menemui kamu,kemudian kamu akan dikembalikan kepada (Allah),yang mengetahui yang ghaib dan apa yang nyata,lalu Dia beritakan kepadamu apa yang telah kamu kerjakan".
ayat 8 ; Surah Al-Jumu'ah.

sudah jelas dalam ayat yang tertera,bahawa kematian akan tetap pasti menemui setiap yang hidup kecuali Dia yang kekal abadi.Cuma kita,yang sering terlupa,tak ingat langsung akan kematian yang semakin kunjung tiba..Kadangkala,kita takut ingin berbicara tentang mati,kerana kita sendiri tahu,mengaku bahawa amalan yang sedia ada masih teramat sedikit untuk kita tunjukkan padaNya kelak jika kita ingin meng'claim' syurga Allah..malu,malu nak mintak..

ibadah / amalan yang sedia ada takat ni pun,entah OK ke entah idak..khusyuk ke solat yang dilakukan,ikhlaskah bersedekah...buat kerja acuh tak acuh je ke??



manusia itu memang fitrahnya LUPA..tetapi,anjakan demi anjakan boleh dilakukan untuk berubah..berubah untuk menjadi lebih baik,tidak salahkan?Kita juga yang mendapat positifnya..cuba renungkan kembali,cuba fikirkan kembali,jangan putus harap denganNya jika ingin berubah~semua orang ada zamannya,tetapi sejarah mengajar kita supaya kita tidak mengulangnya lagi di masa hadapan.

tik-tok-tik-tok,masa akan terus berdetik meninggalkan kita...dari stage tak boleh mengundi,budak hingusan,sekarang dah 21 tahun...dah boleh mengundi.mmm,ccakap pasal mengundi ni,sudah selamat dilaksanakan Pilihanraya Pusat untuk AJKT PERUBATAN sesi 2011/2012.

laman JPP PERUBATAN : http://jpp.perubatan.org/


"Tahniah & takziah kepada barisan AJKT yang terplilih.Amanah diletakkan di bahu kita semua,ingatlah ia adalah campakan tarbiah yang diberikanNya kepada kita..buat sehabis baik kerana Allah suka hambanya yang bersungguh-sungguh!Doakan PERUBATAN sentiasa berada di jalanNya...ameen~"

itu sahaja..wallahu a'lam~^^

"jom pergi ramai2!!"





0 comments:

Post a Comment

sila-sila..jangan segan,kita share sesame!^^

 

sedikit coretan Copyright © 2010 Designed by Ipietoon Blogger Template Sponsored by Emocutez