Tuesday, December 28, 2010

kami bersembang..

Posted by aimi athirah at Tuesday, December 28, 2010

Dengan namaNya yang maha pemurah lagi maha penyayang..

Alhamdulillah,segala puji bagi Allah tuhan sekalian alam..

Setenang malam ini, hati berasa gembira dengan tiupan ketenangan daripadaNya..Allah!

Tengah rehat sebentar ni,baik kita menyampaikan dan memberi manfaat kepada yang lain.

Hari ini,duduk sembang-sembang hati ini dibasahi lagi..pertemuan yang kadang kala seperti biasa jika dipandang dengan mata luar namun keterikatan hati dengan akidah yang sama,kiblat yang sama,memperjuangkan Islam yang satu,hanya kerana yang Maha Satu sememangnya akan mencampakkan rasa dzuk yang luar biasa bagi pemilik hati itu sendiri.


Hati…seketul daging yang ghaib terletak dalam tubuh badan kita.Bersama akal & nafsu yang mengawalnya,kita perlu memastikan keputusan yang diputuskan melalui hati memberikan manfaat kepada diri jika anggota dan setiap sel badan dihantar impuls untuk melakukan sesuatu perbuatan itu.


Rasulullah s.a.w juga ada bersabda :

An-Nu’man bin Basyir berkata: “Saya mendengar Rasulullah saw bersabda, ‘Yang halal itu jelas dan yang haram itu jelas, dan di antara keduanya terdapat hal-hal musyabbihat (syubhat / samar, tidak jelas halal-haramnya), yang tidak diketahui oleh kebanyakan manusia. Barangsiapa yang menjaga hal-hal musyabbihat, maka ia telah membersihkan kehormatan dan agamanya. Dan, barangsiapa yang terjerumus dalam syubhat, maka ia seperti penggembala di sekitar tanah larangan, hampir-hampir ia terjerumus ke dalamnya. Ketahuilah bahwa setiap raja mempunyai tanah larangan, dan ketahuilah sesungguhnya tanah larangan Allah adalah hal-hal yang diharamkan-Nya. Ketahuilah bahwa di dalam tubuh ada sekerat daging. Apabila daging itu baik, maka seluruh tubuh itu baik; dan apabila sekerat daging itu rusak, maka seluruh tubuh itu pun rusak. Ketahuilah, dia itu adalah hati.‘” (HR. Bukhori)

Sudah jelas bahawa kita semua mesti menjaga hati supaya hati kita bersih dan sentiasa berkehendakkan kebaikan..Ya Allah,penjaga hati ,tsabatkanlah hati-hati kami di atas agamaMu dan sentiasa menta’atimu dan berjihad atas jalanMu..ameen.

Borak punya borak,kami pun membelek tafsir di tangan.Surah Al-Insan telah menjadi pilihan hati untuk dibedah kali ini.Banyak sangat intipati yang kita boleh dapat dalam surah ini.Salah satu surah dalam Quran tercinta yang sedap untuk dibedah dan dihayati.Salah satu ayat yang menyentuh hati ialah ayat 29,30 & 31.Kita share sikit dekat sini ye..

Maksudnya :

Ayat 29: Sungguh (ayat-ayat) ini adalah peringatan,maka barang siapa yang mengkehendaki (kebaikan pada dirinya) tentu dia mengambil jalan menuju Tuhannya.

Ayat 30 : Tetapi kamu tidak mampu (menempuh jalan itu), kecuali apabila dikehendaki Allah.Sungguh Allah maha mengetahui ,Maha Bijaksana.

Ayat 31 : Dia memasukkan sesiapa pun yang Dia kehendaki ke dalam rahmatNya(syurga).Adapun bagi orang-orang yang zalim disediakanNya azab yang pedih.

Subhanallah,jelas lagi terang ayat ini kan?

Cuba Tanya kembali hati kita hari ini?Adakah kita mengejar-ngejar,berlumba-lumba inginkan rahmat Allah?Allah dah cakap,kalau nak kebaikan kita mesti berlari kepadaNya.Tetapi walau apapun,memang tidak akan kita berada dalam kebaikan itu even dah rancang master plan yang telah disemak beribu walla berjuta kali sekalipun,kalau Allah cakap tidak terjadi,tidak akan terjadi juga.Allah cakap ‘kun fayakun’ maka perkara semustahil mana pun akan terjadi dengan kehendakNya.

Teringat cerita Sultan Salahuddin Al-Ayubi yang mendapat gelaran ‘Muiz Amirul Mukminin’,nak cakap kuasa Allah untuk memberi bantuan kepada tentera Islam menentang tentera salib,Allah menghantar beribu tentera malaikat berjubah putih yang menunggang kuda dari udara,berteriak “Allahu akbar” yang menyebabkan tentera kafir berlari lintang-pukang dan menyerah.Subhanallah~

Dan diterangkan lagi bahawa,Allah yang berhak mengkehendaki sesiapa yang dikehendakiNya untuk menikmati rahmatNya.Jadi,kita perlu meraih pandangan Allah lebih dari pandangan makhluk.Kerana apa?Kerana Allah kekasih sebenar kita,cinta hakiki yang tidak akan luput walau ditelan apa pun.



Sedarlah,sahabatku!Di mana kita luangkan masa privasi kita dengan Allah ?berjamkah?ataupun minit?ataupun apa? Allah tidak pernah melupakan kita walau sesaat…dapatkah kita bayangkan jika Allah membiarkan kita walau sesaat??Na’udzubillah.Mungkin,terhenti segala pergerakan sel kita,apoptosis mungkin dan lain-lain.Tetapi,bila muhasabah,kita yang kerap lupakanNya.Saya ada berpesan dahulu,kepada diri ini lebih-lebih lagi,kerana telinga saya dekat sahaja dengan saya dan tangan ini juga yang menulis..Allah berhak inginkan yang terbaik daripada kita makhluknya manusia…Mengapa??kerana Allah berikan kita yang terbaik!!Yang terbaik!!Dia maha berhak..adakah selama ini kita berikan Dia yang terbaik??

Wallahu ta’ala a’lam~

**foot-note: masa bersama Allah = masa privasi kita!^^


0 comments:

Post a Comment

sila-sila..jangan segan,kita share sesame!^^

 

sedikit coretan Copyright © 2010 Designed by Ipietoon Blogger Template Sponsored by Emocutez