
Alhamdulillah,nafas masih diteruskan hingga ke saat ini untuk meneruskan perjuangan Nabi terchenta,menyambung mata rantai yang akan tetap disambung sampai bila-bila..Ya Allah,semoga generasi yang akan kami lahirkan juga adalah golongan yang tetap meneruskan perjuangan ke arahMu ini tanpa mengenal penat dan lelah…ameen~
Ada hikmah yang sememangnya Dia yang paling mengetahui mengapa kita diciptakan sebagai seorang wanita di muka bumi ini.Wanita merupakan makhluk yang istimewa sehinggakan Adam juga memerlukan pasangan hidup dan diciptakan Saidatina Hawa yang datang daripada rusuk kirinya untuk melahirkan umat manusia hingga ke hari ini.
Teringat Ustaz Khairul kata:”kita semua ni memang sedara…mungkin seratus pupu,dua ratus pupu…siapa tahu..sebab kita memang datang dari Nabi Allah Adam & isterinya Saidatina Hawa..”
Subhanallah,maha suci Allah…memang kita ini bersaudara,Cuma kadang-kadang kita terlupa kan?
Aishhh,melencong pulak dah..baru-baru ini,kami di kawasan perumahan kami di Sayeda Zainab digemparkan dengan berita ‘gangguan’ daripada budak-budak Arab yang dalam lingkungan umur 18 tahun (maybe sekolah menengah) yang kerap berkumpul ddalam jumlah yang besar (20 orang) mengepung dan mengganggu akhawat kita yang melalui kawasan itu.
Pihak JAKSI PERUBATAN telah mengisytiharkan jalan kami balik sekolah sebagai kawasan HITAM atau omputeh kata BLACK AREA.Sebab berkes-kes jugak terjadi di kawasan itu.Sebenarnya,kes ini dah senyap tahun lepas,tetapi rupa-rupanya hujan semula di tengah hari.Kes ini terjadi lagi tetapi lebih dahsyat kot sehinggakan makcik-makcik Arab turut terkena sekali.
Kami yang dikatakan bersaiz kecil molek (orang melayu memang kecil jika nak dibandingkan orang arab) dan dikatakan juga lembut ini suka diganggu mereka.Apabila terkena,selalunya ke’kedu’an akan berlaku seminit dua,dan apabila tersedar semuanya dah terlambat..Apa yang dijaga dan dipelihara,diraba mereka..wa na’udzubillah~
Dengan itu,akhawat diminta untuk mencari jalan alternative jika sudah mendapat instinct macam banyak sangat lelaki ,waktu balik sekolah budak-budak arab .Kami boleh ambil jalan selamat supaya tidak melalui BLACK AREA seperti jalan balik ikut Abou Risy ataupun terus ikut Mustasyfa Mouneira.Jangan lalu sillim(tangga) merah tu dan jalan sunyi dekat dengan Masjid Hidayah.Berhati-hati itu lebih baik daripada nasi dah jadi bubur nanti..
Allah juga telah berfirman dalam Surah Ar-Ra’d ayat 11:
"إن الله لا يغير ما بقوم حتى يغيروا ما بأنفسهم“
Maksudnya : Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah keadaan suatu kaum sebelum mereka mengubah keadaan diri mereka sendiri.
Sudah jelas yang Allah nak cakap,kita kena berikhtiar sebelum kita bertawakkal kepadaNya.Mungkin ini adalah satu peringatan kepada kita…
Dulu,kami ada Tanya dekat jiran arab kami Radhwa & Asma’ tentang apa yang boleh kami katakana jika kami diganggu dan sebagainya.Mereka pun mengajar kami beberapa ayat,mungkin boleh dikongsikan bersama..
" أنت بتعمل إيه؟؟؟؟","قليل أدب!!!!"
" حرامي!!!"
Cakap pula kenalah dengan nada marah!!tak boley la dengan nada lembut,mana diorang nak makan saman kan??
Eksperesi muka pun kena marah,kalau ada barang dekat tangan katuk aje dengan buku ke ape ke..belasah..asal korang selamat!kenapa?sebab jika sampai dah meng’affect’ diri,kita kena pertahankan.Kalau yang reti Self Defence macam tae kwan do atau karate,sila praktikkan ilmu anda!Siapa lagi nak melindungi diri jika bulan diri sendiri kan?Ambil inisiatif belajar self defence,rasenye ade je dekat youtube..
Ya Allah,selamatkanlah kami!Hanya Engkau sebaik-baik pemelihara,maka makbulkanlah doa’ kami ini.
Bila jadi macam ni,rase macam seram juga…dahlah jauh dari family kan?tapi,kita tak boleh down hanya kerana dengan perkara sebegini,Muslimah!!!Kita kena kuat!Allah bagi kita peluang untuk sentiasa sensitive dengan sekeliling supaya kita boleh menjadi wanita yang kuat untuk seorang pejuang kan?Ibu yang boleh menggegar dunia insyaAllah!
Selamat mempertahankan diri muslimah sejati!
!!لا تحزن إن الله معنا

**PERUBATAN.org : berita kes ini & tips
Wallahu ta’ala a’lam~



4 comments:
jaga diri baik2 dear..
btw, mesir okay ke ngan pepper spray? kitaorg tak dibenarkan di jordan .. hhuhu
kalimah arab yg mungkin berguna..
1)ilhauuni(tolong saya)
2)huwa tahurrush gasadi(dia sentuh/raba tubuh saya)
farid amin
indahnya blog ini menyejukan hati ...
to ainul : jzkk sis...doakan ye!inisiatif JAKSI kami..^^
to farid : jzkk banyak..akhawat!!hafaz word ni..nnt ley gune..
to muharrikdaie: bersama kita menggunakan media alam maya untuk berDAKWAH!iA~
**ade org pesan,kalau dah takde alat lain,pegang kunci kat tgn,kena ganggu calarkan je muka dorang ngan kunci..tanggungjawab kita mempertahankan diri!
wallahu a'lam~^^
Post a Comment
sila-sila..jangan segan,kita share sesame!^^