Friday, January 20, 2012

Bait Muslim : Usaha kita = ?

Posted by aimi athirah at Friday, January 20, 2012 0 comments

Bismillah,dengan namaNya saya membuat keputusan untuk menulis sedikit pagi-pagi yang hening ini.Setelah memikirkan semula,kata-kata kawan baik saya sewaktu ketemu di mesyuarat semalam.Apakah?

“ Aimi!ko promote la pasal UBM tu!”

(apakah??Aimi pun belum lagi ada baitul muslim yang satu itu,kalau ahli beit sendiri sekarang ada la kan~)(=.=)”

Jadi,setelah fikir semasak-masaknya,jadi saya tetiba ada ruh untuk berkongsi sedikit sudut pandang saya akan hal ini.Mungkin,straight to the point,senang cerita apa yang saya akan sentuh selepas ini kalau ada baiknya,sila manfaatkan dan jika tidak bersetuju dengannya,tidak mengapa..What do I really mean here,no harm,no offense ok?

Let’s start!

Tanya diri sendiri..

Bila kita berkata-kata tentang jodoh,UBM,baitul dakwah,cinta baju kurung & baju melayu ,apa-apa lagi lah istilah yang sewaktu dengannya..(banyak sangat,macam-macam bahasa cinta-aimi tak faham);mesti ada orang kata :

“ Jangan nak mengada-ngada!Kamu tu kecik lagi,jangan nak menggatal”

“Alaaa..nanti datanglah jodoh tu..jodoh takkan ke mana,dah ditetapkan Allah sejak azali”

Ataupun,per’borak’an anak dan parents:

Anak :“Daddy…kakak rasa macam nak kahwin la..Daddy rasa camne ye?”
Daddy : “mmm,kakak ni terpengaruh je tu dengan kawan-kawan ramai kahwin dekat Mesir.Diorang tu tak faham lagi,liku-liku dalam perkahwinan ni bukan senang..Daddy taknak jadi apa-apa nanti dekat kakak..Study sume camne kalau takley cope?”

(Erk!!Apakah?Tapi inilah sebahagian kata-kata dan persepsi tentang perkahwinan..Especially,KAHWIN WAKTU BELAJAR kan?

Ok-ok-ok!

Apa yang saya nak cakap,apa yang penting tanya siapa?

Allah,Diri sendiri dahulu..Then,kalau nak ambil pandangan ibu bapa sama sebab diorang mestilah ada saham untuk berkata-kata tentang hal ini kan?

Saya nak sentuh sedikit tentang diri sendiri..
For this,you need to ask yourself,either your real self are ready for marriage or not?
Siapa yang kata perkahwinan itu perkara kecil dalam hidup memang silaplah..BESAR!

Bak kata Ustaz Hasrizal,nak fikir pasal kahwin,kena fikir sampai ke lampin!


Dan dengan perkahwinan juga kita akan melengkapkan separuh lagi hidup kita untuk mempraktikkan agama yang terchenta,ISLAM.

Cuma,apa-apa pun yang orang nak cakap,tanya diri sendiri,kita betul-betul dah bersedia atau belum.
Setiap ‘stage’ hidup kita,masing-masing ada risiko yang tersendiri.Kan Allah dah cakap dah,dalam Surah Ar-ra’d ayat 11:

ان الله لا يغير ما بقوم حتى يغيروا ما بأنفسهم
Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah keadaan suatu kaum sebelum mereka mengubah keadaan diri mereka sendiri.
Nabi kita pun ada  bersabda lagi :
 Dalam nas Hadis sebagaimana sabda Baginda yang diriwayatkan oleh Bukhari yang bermaksud:
"Perkahwinan itu Sunnahku, sesiapa yang tidak suka kepada Sunnahku, dia bukan daripada kalangan umatku"
(riwayat Al-Bukhari)
Jadi?

Kalau dah rasa,memang dah sampai masanya untuk memikirkan,masukkan perkara PERKAHWINAN dalam hidup anda,tafaddhal!(silakan)

Kalau rasa masih belum mampu untuk mengambil risiko yang bakal tiba,tidak perlu fikir banyak-banyak sangat,Nanti stress pulak,siap susah?Diri sendiri pula yang susah,bukan saya..

Memang semakin meningkat dewasa,macam-macam tarbiah Allah nak bagi..setiap orang ada ujian masing-masing,macammana,bila,dan bagaimana dia men’tackle’ sahaja masalah itu menjadi soalnya.

Tepuk dada ,tanya iman,tanya Allah!

Usaha itu adalah…

Ini lagi satu hal..sudut pandang tentang usaha sememangnya SUBJEKTIF.
Mengapa?Ada orang cakap :

“Kita sebagai wanita kena berdoa je..”

“Usaha kita kalau nak dapat lelaki yang baik,kena menjadi perempuan yang baik.Kan Allah dah janji,At-toyyibin liltoyyibat?”

“Dah tu takkan taqdim lelaki kot?Apa orang kata nanti..Malula!” (saya akan nyatakan pendapat saya di bawah)

“Tapi aku rasa kalau aku mulakan dulu itu satu usaha aku,takpela..maybe itu jalannya kan?”


Ini baru beberapa yang saya letak dekat atas ni..
Kesimpulannya,setiap yang dinyatakan semestinya pernah kita dengar kan before?

Semuanya ada benarnya,Cuma dari sudut mana kita pandang.

Kesimpulan yang saya dapat buat : Usaha bergantung kepada kepuasan hati masing-masing.
Senang cakap,SATISFACTION kita sebagai yang bergelar manusia di muka bumi ni lain-lain.Setiap orang ada ‘treshold’ atau takat yang paling minimum masing-masing dalam memuaskan diri dalam segenap hal dalam hidup dia.

Kalau dia rasa,berdoa itu adalah cukup untuk menunjukkan usaha dia dalam mendapatkan jodoh,itulah.
Kalau dia rasa,dengan mem’forward’kan kepada orang ketiga itu adalah usaha yang terbaik untuk dia mendapat jodoh yang baik,silakan.

Usaha kita lakukan,melambangkan betapa seriusnya kita dalam sesuatu perkara.Apa-apapun,ini pasal hidup korang masing-masing.Jadi,kita kalau yang orang luar ni,nak influence macam mana pun,kalau Tuan punya badan tak ‘emboh’ bergerak,nak buat macam mana lagi kan?

Sebab tu orang cakap,keinginan dalam diri itu sebenarnya pemacu terbaik!di DALAM.
Kata-kata semangat orang luar,suasana blah..blah..blah..adalah sesuatu yang LUAR.

Taqdim lelaki : Adakah relevan?

Di zaman moden lagi berteknologi ini,berbagai cara boleh kita bertemu dengan jodoh masing-masing.
Ada yang bertemu dalam program nadwah sekolah,sekolah sama,kuliah sama,dalam komuter,alam maya…dan sebagainya.

Tapi,bagi wanita yang belum terjumpa,adakah wajar untuk anda men’taqdim’ seorang lelaki?

Saya malas nak memanjangkan kalam di sini.Apa yang hendak saya tekankan,seperti dia atas tadi.

Jika anda serius,rasa itu adalah usaha anda ,silakan.

Tiada masalah..sebenarnya walaupun saya tiada pengalaman seperti ini,tapi jika ada yang ingin melakukan ini,you got my support with you ladies!

Itu sahaja yang saya nak kata.Sebab bagi saya,apa-apa pun apa yang menggerakkan kita tetap Allah s.w.t.Anything happens in our life is the best for us..Gerakan hati kita (plus dorongan dll) semuanya datang daripada Allah.

Kalau kita cintakan si polan A,tetapi kenapa Allah tak gerakkan hati kita untuk beritahu and at last kita end-up dengan si polan B,itu semua juga aturan terbaik Allah untuk kita kan?

Jadi,anda tidak perlu takut.
Takut orang cakap apa?Sampai bila nak ter’affect’ dengan apa orang nak kata?Mulut orang kita tutup guna ‘salotape’ akan terbuka kembali..Biarkan!BIARKAN!

Yang penting apa ALLAH NAK KATA kan?Sebab for me,kalau orang kata lagi romantic lelaki yang propose perempuan..Tapi,nanti kalau kisah hidup korang nanti,bolehlah last sekali bukak cerita,

“Abang,dulu kita la yang taqdim abang ikut UBM dulu…Alhamdulillah,Allah bagi kita end-up sama-sama kan?”
“Alhamdulillah!Abang pun tak sangka,tup-tup hati abang terbuka dengan Limah”
(Limah : bukan nama sebenar)

So sweet..yang penting niat,kenalah lillah ta’ala!

Romantik di sisi Allah itu yang penting,bukan di pandangan makhlukNya..

Buang yang keruh,ambil yang jernih!

Ok,rasa macam sudah menjadi konsultan UBM PERUBATAN pulak kan?
Padahal,Aimi kecil lagi pun,tapi perkongsian kecil ini yang dapat Aimi bagi,sebab nak cakap ters terang dengan korang-korang diluar sana,segan..

Jadi,good luck and all the best la untuk baitul muslim,mu’min,muslih and so on~

Kalau ada yang terguris,Aimi minta maaf sangat..semoga kita semua bakal mendapat yang terbaik untuk diri kita masing-masing.

Semoga dengan pernikahan yang bakal kita semua lalui,semakin mendekatkan kita dengan Maha Pencipta kerana dia juga yang menciptakan rasa cinta dan orang yang kita cinta.

ربنا هب لنا من أزواجنا ودْريتنا قرة أعين واجعلنا للمتقين إماما

Wallahu ta’ala a’lam.

P’s 1 : AJK UBM PERUBATAN : Kak Naimah and the gang tau!

P's 2 : ini ada sedinit link,rujukan carta alir UBM..waah!semakin maju UBM kita!

P's 3 : Yang masih berjuang dengan exams,selamat berjaya!


Sunday, January 15, 2012

pesakit Duchenne's itu ..

Posted by aimi athirah at Sunday, January 15, 2012 0 comments


tengah merehatkan diri ni,rasanya lebih baik saya berkongsi sesuatu yang saya dapat semalam.

Semalam,kami pergi tuisyen tambahan untuk persediaan Clinical Exams kami hari Khamis depan insyaAllah..

Banyak jugak pesakit yang kami dapat jumpa,yang paling rasa BEST sebab dapat apply cardiac examination dengan baik dan dapat pengalaman auscult patient dengan baik..

Rheumatic heart disease yang kami tak pernah jumpa lagi sebelum ini antara salah satu pesakit semalam..dapat pengalaman berharga untuk dengar macam mana rupanya 'mitral regurge' propagated to the axilla dan dapat tengok signs yang ada pada patient yang ada 'aortic regurge' dengan pistol shotnya di femoral artery..

Tapi,waktu jumpa pesakit Duchenne's muscular dystrophy semalam...terkedu sangat...sebab selama ini,kami cuma belajar theory dan tidak saya sangka untuk jumpa di depan mata sendiri..

Waktu adik Usam Hasan itu masuk ke dalam bilik kami,saya macam tak percaya.Doktor kami cakap:
"This is a duchenne's patient"

Hah??
Waktu tengok adik Usam mengambil tempat untuk duduk di meja kayu yang tersedia,air mata saya bergenang...sebak saya melihatnya..

Mungkin sebab pertama kali saya lihat agaknya...dan saya macam tidak sangka..

Untuk neurology examination,kami applykan pada Usam dan juga adik yang ada cerebral palsy..perbezaan yang ami dapat lihat ketara..
Cerebral palsy yang mempunyai hypertonia & hyperreflexia,manakala adik Usam yang ada Duchenne's ada hypotonia & hyporeflexia..(hampir tiada reflex dia)

Mungkin,saya boleh berkongsi sedikit tentang Duchenne's disease.

Ini adalah penyakit X-linked recessive..maknanya,ia diturunkan melalui keturunan dan boleh diwarisi..(rasa macam susah nak guna bahasa melayu-inherited).
Disebabkan ia diturunkan melalui gene X,maka budak lelaki yang selalu terkena sebab diorang ada 1 je gene X dan satu lagi Y.
Perempuan pula selalu jadi carrier..

Sebab,pesakit ini mempunyai 'defect' atau kekurangan pada gene untuk dystrophin.dan dystrophin adalah salah satu komponen protein yang penting untuk otot kita..(pelik lagi sebab selalu sebut muscle^^)

Dan selalunya,penyakit ini akan menunjukkan 'symptom'nya apabila budak itu meningkat ke 5 atau 6 tahun.Dan selalunya,tanda-tandanya seperti budak itu akan cepat penat,lemah otot bermula daripada bahagian kaki,selalu jatuh, dan selalunya semakin tteruk sehinggakan sukar dan tak boleh berjalan ketika berumur 12 tahun.Tanda yang pang ketara,muscle diorang 'wasting' sampai peha pun takda muscle bulk tetapi dorang ada 'pseudohypertrophy' of calf muscle tetapi tidak kuat pun.

Prognosisnya agak teruk sebab selalunya akan hidup sehingga umur 25 tahun kerana masalah pernafasan mahupun masalah jantung.Kerana semua otot akan terlibat termasuklah otot untuk bernafas dan otot jantung.Maka,selalu penyebab kematian mereka adalah 2 sebbab itu.

Mereka juga ada 'gait' tersendiri yang dikenali sebagai 'waddling gait'.Mereka juga akan mempunyai masalah untuk bangun dari duduk ,kerana mereka seakan-akan memanjat diri mereka sendiri kerana kelemahan otot yang teramat sangat dii bahagian badan yang bawah.



Apa yang boleh dibuat,adalah dengan menyokong mereka untuk memberikan mereka kualiti hidup terbaik dan cuba untuk mengurangkan kesusahan yang dialami mereka.

Apabila saya melihat sendiri pesakit Duchenne's atau apa-apa penyakit la yang sudah dilihat,baru kita tersedar yang sebenarnya dah BANYAK SANGAT Allah bagi kita nikmat..sememangnya nikmat kesihatan itu adalah nikmat yang besar tetapi jarang untuk kita syukurinya.Jarang kita berterima kasih kepada Allah,dan asyik nak membentak-bentak (walaupun cuma dalam hati) tetapi tetap kelihatan di pandangan Allah.

Betullah sabda Nabi :

hadis riwayat Imam al-Bukhari daripada Ibn Abbas r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: "ada dua nikmat yang sering dilupakan oleh kebanyakan manusia iaitu kesihatan dan waktu lapang."

Apabila kita sakit,baru nak rasa bersyukur..nak sihat semula dan sebagainya..Nasib baik Allah tetap memandang kita dengan pandangan Rahman & RahimNya..kalau tidak,mungkin sudah lama Allah menampar,menerajang kita sebab kita ini bagai kacang melupakan kulit..(dah lama tak guna peribahasa melayu,sebab dah tak ambil subjek tu kan?)

Dan disebabkan itu juga kita kena pandang makhlukNya yang lain dengan pandangan rahman yang dicampakkanNya pada kita..

Ya Allah,semoga Engkau menjadikan kesihatan kami ini digunakan untuk kami beribadah kepadaMu,mendekatkan diri kami kepadaMU,wahai kekasih kami~

Jadi,memang tersangat perlu kita menjadi hambaNya yang berSYUKUR dengan segala nikmatNya yang tidak pernah diminta bayaran pun..dari lahir sehingga sekarang.

p's:


1. Sanah helwah ya Gameelat! Untuk sahabat-sahabatku : Oney,Radin,Liyana Mastura,Chep dan semualah yang lahir bulan Yanayir ini..(^_^)


2. Doakan kamii End Round Exam Paediatrics 18 & 19hb Januari..semoga kami digolongkan dalam mereka yang mendapat rahmatNya


3. Selamat exam juga bagi adik-adik junior yang sedang bertungkus-lumus membaca untuk exams yang akan datang


4. Adik-adik AJKT akak,termasuk Along yang tersayang..selamat menempuh exams kalian dengan baik..jaga hubungan dengan Allah,dengan ahli beit,dengan ibu & ayah..pandai ON-OFF kerja ye..dan jangan lupa doakan kemaslahatan umat!(^_^)chaiyyok!



ceria selalu!

Emosi yang diberikanNya..

Posted by aimi athirah at Sunday, January 15, 2012 0 comments
salam alaykum semua..

setelah lama saya menulis..hari ini ada 'mood' hendak menulis sedikit coretan dalam blog yang sudah wujud sejak saya 1st year dekat Kasr El-Ainy Medical School ni..

dulu,bila tengok kakak dan abang senior yang menjejakkan kakki dalam tahun 5 & 6 ,rasa dorang memang 'super senior' la.Sekali tiba sudah masa kami pula yang bergelar mahasiswa/wi perubatan ,rasa macam tidak percaya.Pejam celik,pejam celik,sudah 4 tahun lebih kami berada dalam dunia perubatan..

daripada dulu cuma pegang-pegang anggota badan yang tercerai-cerai di dalam lab anatomy,dengan berbau formalin dan pernah sarung tangan Winter Apparel ku terkena anggota mayat yang ada di situ..

kemudian,setelah kami jejakkan kaki ke Tahun 3,kami meninggalkan blog bangunan anatomy semua ,pergi pula ke bahagian lain..belajar tentang Pathology,Microbiology,Pharmacology & Parasitology..dan masih ku ingat yang paling diminati ketika itu Parasite!sebab belajar tentang cacing dan sebagainya..

Tahun 4,masuklah kami ke clinical year...bergelar juga kami pelajar clinical yang berulang-alik ke hospital..masa yang sangat lapang itu,telah kami penuhkan dengan pengalaman aktif dalam persatuan,PERUBATAN.Tertampuk amanah yang maish dipegang hingga kini,dan menunggu waktu untuk melepaskannya kepada tampuk kepimpinan mendatang..insyaAllah,dalam MAT seterusnya..

dan kini,sudah bergelar pelajar Tahun 5,ulang-alik dari hospital..dari Internal Medicine..dan sekarang sudah study-leave untuk End Round Paediatric..(doakan kami! 18 & 19 hb ni insyaAllah!)


dan kaki masih lagi terus melangkah,masih lagi menghirup udara dan oksigen milik Allah...semoga semuanya dikira sebagai ibadah kepadaNya..ameen~

bila fikir-fikir balik,macam masih banyak yang kita bazirkan masa yang diberiNya untuk beribadah tetapi,banyak yang kita lakukan kadang-kadang tanpa kita sedarkita hanya melaluinya tanpa apa-apa yang terkesan di hati kita..cuma sebagai rutin harian yang tidak memberikan kesan yang sepatutnya adalagh pengalaman termahal dalam hidup yang dikurniakan Allah ini..

tadi,apabila terbaca artikel http://www.iluvislam.com/inspirasi/sinar-hidayah/4129-allah-itu-sweet.html,memang mengetuk hati yang sebenarnya Allah memang SWEET dan yang paling penting Dia 'sweet' dengan gaya yang tersendiri pada setiap individu yang diciptakanNya..

mustahillah kalau kita katakan,kita tiada kenangan terindah dengan Dia,sebab saya percaya & yakin yang setiap seorang daripada kita,masing-masing mempunyai memori indah denganNya...semasa kita sudah menjadi hamba kepadaNya selama kita hidup ini..

Nikmat yang menggembirakan mahupun tidak,masing-masing mempnyai kisah yang tersendiri dalam novel hidup masing-masing..yang cuma dirasai kemanisannya bagi yang mengalaminya..tetapi kita jarang hendak mengenang semula kenangan yang indah bersamaNya,dek sibuk dengan tugasan masing-masing di dunia yang FANA' ini..

kadang-kadang,apabila kita melayan emosi kita walaupun sekejap,untuk kita memikirkan tentang apa yang sudah berlaku selama kita bergelar HAMBA kepadaNya..bagi saya itu PERLU!

bukan termenung tanpa tujuan,tetai mengenang kembali apa yang sudah berlaku..yang buruk dijadikan pengajaran dan ingatan untuk tidak dilakukan dan mengingatkan  diri untuk berTAUBAT dengan setiap dosa yang disedari mahupun tidak untuk membersihkan kembali noda hati yang sudah tercalit.Yang baik,dijadikan kenangan indah dan didoakan untuk kekal dilakukan dan manjadi amalan istiqamah untuk sentiasa menjadikan kita dahaga untuk terus mendekatkan diri denganNya...insyaAllah..

Manusia yang bergelar wanita terutamanya,sememangnya suka menggunakan emosi dengan peratusan yang tinggi dalam setiap yang berlaku dalam hidup mereka.Tidak kisahlah jika mungkin peratusan ke'feminin'an yang terpamer oleh diri perempuan itu sedikit,tetapi dia tetap mempunyai perasaan sebagai orang yang dilahirkan dengan gene 'XX'..

Seperti yang Syeikh Rohim katakan dahulu,emosi wanita itu adalah satu kelebihan..jadi,kaum wanita perlu bersyukur dengan nikmat itu..kerana dengan nikmat emosi itu kita yang bakal bergelar seorang ibu,insyaALlah dapat melaksanakan tanggingjawab itu dengan baik kerana sifat-sifat keibuan itu sudah dicampakkan olehNya kepada kita.

Cuma,emosi itu perlu kita kawal dengan sifat rasional kita..sebab itu ada quote yang mengatakan,

Think like a man, but act like a lady.

Apapun,jalankan setiap sesuatu dalam hidup kita sebaik-baiknya..selagi diberikan peluang olehNya untuk kita beribadah kepadaNya,untuk kita menjadi khalifah di muka bumi ini,janganlah kita bazirkan masa,tenaga,peluang itu dengan sia-sia ..supaya kita tidak menjadi golongan seperti di bawah..ameen.

semoga ketemu lagi,manfaat sama-sama ambil,yang buruk jadikan pedoman~

  “(Demikianlah keadaan orang-orang kafir itu), hingga apabila dating kematian kepada seseorang dari mereka, dia berkata : “ya Tuhanku kembalikanlah aku (ke dunia), agar aku berbuat amal yang sholeh yang aku telah tinggalkan.  Sekali-sekali tidak, sungguh itu adalah perkataan yang diucapkan saja.  Dan di hadapan mereka ada dinding sampai mereka dibangkitkan.” (QS. Al-Mu’minun:99-100)

Let's be PRODUCTIVE muslim wa muslimah!
Multi-tasking muslim wa muslimah,insyaAllah~

Saturday, December 3, 2011

kesakitan itu RAHMAH!

Posted by aimi athirah at Saturday, December 03, 2011 0 comments

"dalam kegelapan itu,Dia membawa CAHAYA yang bukan sahaja cahaya,tetapi berBUNGA mekar!"


assalamualaikum warahmatullah semua..yang meluangkan masa menyinggah di blog yang agak kusam ditinggalkan ini..

sememangnya apa yang saya boleh lahirkan dari hati yang kecil ini,saya TERHARU..balik dari bertemu janji dengan adik junior kesayangan tadi,terdetik hati untuk membuka blog izzahfaqihah.blogspot.com yang sudah TERLALU LAMA 88x tidak di'up-date'!Last post tarikh 22 September kot..waktu kelas Tahun Lima ttak bukak lagi..waktu masih ada bau Malaysia melekat dekat badan kot..sekarang sudah : 3 Disember 2011,hari Sabtu..Dah masuk 2nd round dah,dah meninggalkan jejak di Internal Med masuk Paediatrics dah Aimi..memang boleh bayangkan kalau rumah yang ditinggalkan tu mesti dah ade makhluk2 lain duduk (labah-labah,cicak,lipas & adek-beradiknya lah kan..) berdebu + berhabuk..tetapi...

disebabkan ada MANFAAT yang boleh dikongsikan,coretan2 yang tercoret sebelum ini jadi saya takla deactivate blog ni..sebab kalau datang balik mood nak menaip tu akan ditaip dan dipost balik di blog ni..re-visit untuk membersihkan rumah sewalah camtu..semoga manfaat yang telah diniatkan untuk dikongsikan itu dimanfaatkan oleh pembaca sekalian..

mengapa saya terharu?

belek punya belek shoutbox ;banyak rupanya pesananS and blog-walkingS ke blog ini..Subhanallah!Serius nak tanya VIRUS ke hape benar?ke memang divisit??

Pelik sangat,tetapi jika saya ber'husnuzzan' memang ditulis oleh mereka yang blog-walked ke sini,JAZAKUMULLAH khairan jazak!rase terbakar semula untuk menaip..^^

Sememangnya,dah macam-macamlah yang berlaku dalam tempoh blog ni ditinggalkan..dan di sini saya ingin bercerita pengalaman diri sebab saya sedang ada sakit mata yang masih belum sembuh sepenuhnya..tetapi apa yang saya ingin ceritakan di sini hikmah yang saya dapat daripada ujian yang Allah bagi pada saya..

Manusia sememangnya bersifat 'nasiya' : LUPA..
Termasuklah diri saya sendiri.Yang kita selalu lupa akan rezeki yang selalu kita guna dan sellagi kita tidak diuji,manusia memang mudah terlupa.
Sebelum kita sakit apa-apa anggota yang kita miliki,kita jarang-jarang ingin mensyukuri apa yang Dia bagi dekat kita.Bukan kena bayar dengan duit pun,tak kena sewa sejam seringgit pun tetapi kita perlu bayar dengan ingatan kita padaNya,yakni 'ZIKRULLAH'..

Tetapi,apa yang manusia buat bila dia tidak diuji..hanya menunaikan rutin hidup seperti biasa dan SEMUANYA ADALAH RUTIN yang berulang-ulang bagaikan video Youtube yang kita tekan 'replay' button berkali-kali.

Dengan ujian ini,membuatkan Aimi duduk dan bermuhasabah diri semula.Dan dalam tempoh ini juga Allah datang melimpahkan cahaya rahman dan rahimNya...saya selalu mendapat semangat dan motivasi dari apa yang saya dengar,lihat...

Dapat inspirasi daripada video-video motivasi dan dari ceramah/forum yang saya pergi,ada 10 benda saya nak share :

1. apa yang kita buat kena Lillah ta'ala-melatih diri kita ikhlas
2.bila kita minta dari Allah kena yakin yang Allah akan makbulkan apa yang kita minta
3. pandanglah semuanya dengan pandangan Rahmat
4. berHUSNUZZANlah dengan Allah (*bersangka baik) sebab Allah itu adalah seperti apa yang disangkakan hambaNya
5.Allah tahu apa yang paling terbaik untuk kita
6.Allah berikan sesuatu sebab kita mampu
7.Nikmat sakit ini adalah penawar kepada dosa yang kita lakukan
8.sentiasa bersangka baik dengan makhluk lain juga
9. berusaha supaya apa yang kita buat itu adalah amal yang Allah kira disisiNya
10.meninggalkan JAHILIAH SECARA TOTAL!

Apa yang saya paling tersentuh dengan pengisian forum waktu penutup Q-week aritu,abang senior kami berkongsi tentang RAHSIA KEJAYAAN sahabat-sahabat Nabi s.a.w :

1. memegang Al-Quran sebagai sumber rujukan yang paling utama
2. Al-quran adalah untuk diLAKSANAkan bukan hanya untuk dikeTAHUi sahaja.
(bukan untuk tsaqafah semata-mata tetapi untuk AMALAN!)
3. kerana mereka memBUANG jahiliah secara TOTAL!

Oleh sebab itu,para sahabat berubah dari zaman jahiliah mereka 360 darjah,bukan separuh-separuh,suku-suku...tetapi keseluruhannya..

Samalah juga dengan kita,nak mengamalkan ISLAM bukan separuh-separuh,tetapi secara SYUMUL..semuanya!
Memang kita tak mampu untuk berubah secara drastik,tetapi berusahallah untuk berubah ke arah lebih baik.
Iman sememangnya turun & naik,tapi hidup ini adalah PILIHAN yang diberi Allah untuk kita memilihnya dengan akal yang telah dianugerahinya.

Apa yang saya nak simpulkan di sini,BERUBAHLAH kita,BERTAUBATLAH kita sebelum Allah dah tak bagi dah masa untuk kita..
Sebelum kita menyesal dengan bubur nasi yang kita buat dan kacau sendiri..

Semoga anda mendapat apa yang saya maksudkan,memang susah nak jadi baik,tapi TIADA YANG MUSTAHIL..
semoga semuanya dikira sebagai MUJAHADAH kita untukNya..

ameen~


JOM JADI BAIK!^^

Thursday, September 22, 2011

berteguk susu kurma~

Posted by aimi athirah at Thursday, September 22, 2011 0 comments
bismillah..
Assalamualaikum warahmatullah SEMUA!

sobahal khair...sobahal fuul~^^

mm,hari ni jom kita kongsi kejap pasal buah KURMA...
(tetiba je nak cakap pasal kurma,bukan ape sebab alang2 tengah meneguk air susu kurma Dina Farms ni)

banyak manfaatnya kurma ni,kita semua pun tahu jugak kan..

antaranya

- sunnah Rasulullah s.a.w 

dalam buku 365 Tips Sihat Gaya Rasulullah;karya Dr.Mohammad Ali Toha ada menyebut tentang manfaat kurma dalam ruangan 'Smart Eating',perkara ke 155 :

" antara manfaat kurma adalah ia melindungi pembuluh darah dan jantung.Nabi berkata mengikut rekod Muslim ,'Sesiapa yang pada pagi hari memakan 7 biji buah kurma Ajwa,maka pada hari itu racun dan sihir tidak dapat memudaratkannya'."

- juga disebut oleh Allah di dalam Al-Quran :
Terdapat jg dalam Quran yg menyatakan tentang kelebihan buah kurma ini, yg dialami oleh Saidatuna Maryam rha ketika beliau mengandungkan Nabi Isa as sebagaimana dalam surah Maryam ayat 25:
"Dan goncangkan batang kurma itu kepadanya, nanti ia gugurkan atasmu kurma yg masak"

- dan dalam sihatselalu.com,ada juga dikongsikan tentang khasiat kurma :http://www.sihatselalu.com.my/2010/08/khasiat-kurma.html

"Kurma diangkat tinggi oleh Rasulullah SAW kerana mempunyai nilai kandungan makanan yang tinggi. Kandungan protein di dalam kurma lebih kurang 1.8 hingga 2.0%, serat 2.0 hingga 4.0% manakala kandungan gulanya 50 hingga 57% glukosa. Ini menunjukkan kandungan gula di dalamnya telah ditukar secara semulajadi. 




Diserap Serta-merta


Bermakna apabila kita memakan kurma, tenaga yang diserap tubuh adalah serta-merta. Sebaliknya gula dalam kebanyakan buah-buahan dikenali sebagai fraktosa dan gula tebu atau gula pasir yang biasa mengandungi sukrosa tidak boleh menyerap terus dalam tubuh. Ia terpaksa dipecahkan dahulu oleh enzim sebelum bertukar menjadi glukosa lalu diserap tubuh sebagai tenaga. 

Tenaga Serta-merta

Disunatkan berbuka dengan kurma kerana orang yang berpuasa tidak makan selama 12 jam. Kurma menyumbang tenaga serta-merta kepada si pemakan dan ini memudahkan seseorang beribadat dan menunaikan sembahyang Maghrib atau tarawih. Apabila tubuh berasa segar dan bertenaga ia menghalang kita makan berlebihan atau mengikut nafsu. Kadangkala waktu berbuka kita makan terlalu banyak, tetapi masih letih dan tidak bertenaga. Sebabnya makanan yang diambil kebanyakan mengandungi karbohidrat, tanpa tenaga serta-merta menjadi penyebab selesai makan, mata pun mengantuk. 

Kulit Mengandungi Serat, Sumber Utama Potassium

Kita makan kurma tanpa buang kulitnya yang mengandungi serat. Amat baik untuk mencegah barah usus besar kerana ia melawaskan. Sementara kandungan vitamin A dan C amat tinggi pada peringkat khalal atau rotab dan menurun sedikit pada peringkat tamar. Selain itu ia mengandungi pelbagai zat galian dan yang paling banyak ialah potassium. Potassium diperlukan oleh tubuh untuk sistem saraf. Kurma adalah sumber terbaik potassium. Memang dalam susu, yogurt dan makanan laut juga mengandungi potassium tetapi jumlahnya sedikit.

Menguatkan Ingatan

Ramai beranggapan hanya kismis yang baik untuk menguatkan ingatan, sebenarnya kurma juga setanding. Mungkin atas alasan pihak-pihak tertentu atau negara pengeluar anggur telah menjalankan kempen makan kismis dan mempopularkan khasiatnya. 

Penawar Racun

Diriwayat oleh Aishah r.a. yang menjelaskan, kurma mengandungi ubat. "Jika sesiapa yang selalu makan kurma akan dihindari daripada terkena racun yang dimakan."

Meredakan Tekanan Darah

Dalam bidang perubatan dengan ketiadaan kolesterol, lemak dan gula di dalam kurma, ia amat baik untuk meredakan tekanan darah tinggi. Dalam perubatan homeopati, biji kurma dikisar halus atau dijadikan serbuk seperti teh. Direndam dan diminum bagi menyembuhkan pelbagai jenis penyakit. "

banyak sangat manfaat kurma sebenarnya..
lagipun,zaman yang maju dan moden ini,manusia semakin kreatif untuk mempelbagaikan cara persediaan makanan dan minuman menggunakan kurma..

kita boleh buat kek,jemput-jemput,ada jem,jus kurma dan macam-macam lagi kan?

tapi,bagi Aimi sememangnya yang paling membuatkan kurma itu BERMAKNA adalah kerana Rasulullah juga memakannya dan menyarankan kita ummatnya untuk mengamalkannya..

tak ke ade sentimental value dekat situ??^^

sememangnya Rasulullah tidak akan mengatakan sesuatu yang dusta dan segalanya berhikmah..

teringat juga semalam baca status di FB kawan,

"Everyone of us is guilty enough of not knowing the Sunnah of the Prophet Muhammad s.a.w "- Mufti Ismail Menk

memang terkena la kan?

So,jom kita makan kurma beramai-ramai!

tapi yang paling penting,let's practice sunnah Rasulullah in our daily life!





 

sedikit coretan Copyright © 2010 Designed by Ipietoon Blogger Template Sponsored by Emocutez